Spring in Liverpool dari InstaForex
1. Peruntukkan Am
-
- 1.1 Nama peraduan ini adalah Spring in Liverpool (selepas ini dirujuk sebagai Peraduan).
- 1.2 Kempen dianjurkan oleh Kumpulan InstaFintech (selepas ini dirujuk sebagai Penganjur) dengan kerjasama bersama Liverpool FC.
- 1.3 Hadiah bagi pemenang Peraduan ini ialah 3 tiket perjalanan VIP ke perlawanan Liverpool FC di Liverpool, UK. Pihak Penganjur akan menanggung kesemua kos perbelanjaan yang berkaitan dengan makanan, penginapan, dan dokumen perjalanan.
- 1.4 Tempoh Peraduan: 14 Dis 2015 hingga 31 Januari, 2016 (selepas ini dirujuk sebagai tempoh Peraduan).
2. Syarat-syarat Penyertaan
-
- 2.1 Hanya terbuka kepada perserta yang cukup umur dan menurut undang-undang serta merupakan pemegang akaun dagangan dengan InstaForex (selepas ini dirujuk sebagai Peserta) yang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini.
- 2.2 Untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta perlu mengisi akaun dagangan secara langsung dengan InstaForex sekurang-kurangnya $ 500 atau lebih dalam tempoh Peraduan dan mendaftar di www.instaforex.com. Untuk pemegang kad kelab InstaForex, jumlah deposit minimum yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini adalah $ 400.
- 2.3 Peserta boleh mendaftar lebih daripada satu akaun untuk Peraduan ini, sekali gus meningkatkan peluang untuk memenangi hadiah. Walau bagaimanapun, sekiranya Pihak Pentadbiran Peraduan dan Kempen berjaya mengesan pembukaan akaun lebih daripada 100, maka kami berhak untuk mengurangkan bilangan akaun yang mengambil bahagian dalam Peraduan kepada 100 akaun.
- 2.4 Mana-mana akaun yang mematuhi syarat-syarat berikut boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ini: A - B + C> $ 500, di mana A adalah jumlah deposit yang dibuat dari 14 Disember 2015; B adalah jumlah pengeluaran dilakukan bermula dari 14 Disember 2015; C adalah hasil perdagangan. Sekiranya С <0, maka syarat-syarat akan dirujuk seperti berikut А- В > $500. Untuk InstaForex pemilik kad kelab, akaun perlu memenuhi syarat berikut: A - B + C> $ 400, di mana A adalah jumlah deposit yang dibuat dari 14 Disember 2015; B adalah jumlah pengeluaran bermula dari 14 Disember 2015; C adalah hasil perdagangan. Sekiranya С<0, syarat penyertaan adalah seperti berikut: А - В > $400.
3. Syarat-syarat dagangan
-
- 3.1 Semua posisi dagangan dibuka pada harga bukan pasaran adalah tertakluk kepada pembatalan.
- 3.2 Peserta boleh menggunakan sebarang expert advisors dan strategi dagangan.
- 3.3 Peserta boleh mengubah jenis akaun dagangan kepada bebas-Swap (atau sebaliknya) dengan menghubungi Jabatan Sokongan Pelanggan.
- 3.4 Syarat-syarat dagangan yang lain adalah sama seperti akaun dagangan nyata InstaForex yang lain.
4. Penentuan Pemenang
-
- 4.1 Menentukan pemenang 3 keping tiket perjalanan dan tiket VIP ke perlawanan Liverpool FC di Liverpool, UK.
- 4.1.1 Akaun yang memenangi Peraduan ini akan ditentukan melalui kaedah yang berikut: lima digit terakhir akaun (tidak kira sama ada ia adalah 5 digit, 6 digit atau akaun 7-digit) akan digunakan dalam algoritma untuk menentukan pemenang. Dengan syarat bahawa lima digit adalah sepadan dengan nombor VIP, pemegang akaun itu akan diisytiharkan sebagai pemenang tiket.
- 4.1.2 Pada Sabtu, 30 Januari, 2016 jam 23:59 penutupan harga bagi pasangan mata wang yang berikut akan ditetapkan:
- Nombor digit pertama bagi nombor VIP adalah bersamaan dengan digit terakhir pada kadar penutupan EURUSD;
- Nombor digit kedua bagi nombor VIP adalah bersamaan dengan digit terakhir pada kadar penutupan GBPUSD;
- Nombor digit ketiga nombor VIP adalah bersamaan dengan digit terakhir pada kadar penutupan USDJPY;
- Nombor digit keempat nombor VIP adalah bersamaan dengan digit terakhir pada kadar penutupan USDCHF;
- Nombor digit kelima nombor VIP adalah bersamaan dengan digit terakhir pada kadar penutupan USDCAD.
- 4.1.3 Jika nombor akaun bersamaan dengan nombor VIP tidak berdaftar untuk Peraduan, ianya adalah akaun sebelumnya atau akaun selepasnya yang perlu dikira sebagai pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kepada prinsip jumlah pendepositan terbesar yang dikira berdasarkan kepada formula berikut A - B + C.
- 4.1. Sekiranya terdapat beberapa buah akaun yang sepadan dengan nombor VIP: akaun 5 angka, akaun 6-digit tanpa digit yang pertama, dan akaun 7-digit tanpa kedua-dua digit pertama, maka 3 tiket perjalanan dan tiket VIP untuk menyaksikan perlawanan Liverpool FC perlawanan di Liverpool, UK akan diberikan kepada pemegang akaun dengan jumlah deposit terbesar (deposit terbesar ditentukan berdasarkan kepada formula: A - B + C).
5. Pengumuman Keputusan
-
- 5.1 Data mengenai negara dan wilayah Peserta akan dikeluarkan.
- 5.2 Keputusan kempen akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas ianya tamat, apabila semua proses kaji selidik selesai.
- 5.3 Keputusan Peraduan dan gambar majlis penganugerahan akan dimuat naik ke laman www.instaforex.com juga siaran TV dan percetakkan awam.
6. Mendapatkan hadiah
-
- 6.1 Peruntukkan Am.
- 6.1.1 Dalam tempoh 20 hari selepas tarikh keputusan Peraduan dikeluarkan, Pemenang dan Penganjur akan memilih tarikh, waktu dan tempat majlis penganugerahan hadiah melalui panggilan telefon.
- 6.1.2 Selepas pemenang akaun dagangan ditentukan, Penganjur akan memeriksa maklumat mengenai Pemenang dan keaslian penyertaannya dalam Peraduan menurut kepada perenggan 2.1. - 2.3. Jika beberapa data adalah salah atau Pemenang tidak mempunyai hak untuk menyertai Kempen, keputusan Kempen akan diumumkan sebagai terbatal.
- 6.1.3 Jika prosedur pemerolehan hadiah dilanggar oleh pemenang (ketiadaan ID, kesahihan ID tamat, dan sebagainya.) Penganjur berhak untuk tidak menghadiahkannya kepada pemenang.
- 6.2 Mendapatkan hadiah utama berupa 3 keping tiket perjalanan dan tiket VIP ke perlawanan Liverpool FC di Liverpool, UK.
- 6.2.1 Tiket VIP boleh diserahkan di Liverpool, UK atau diserahkan di mana-mana lokasi di dunia dengan persetujuan Pemenang.
- 6.2.2 Penyampaian hadiah kepada Pemenang Peraduan mungkin hanya selepas Pemenang menyediakan pasport atau dokumen pengenalan lain dan menandatangani Sijil Penerimaan yang menyediakan maklumat berikut: nama Peserta, tarikh lahir, nombor pasport, dan nombor telefon kenalan dengan kod panggilan antarabangsa. Keengganan untuk memberikan butir-butir ini akan menyebabkan kehilangan hak untuk mendapatkan hadiah secara automatik.
- 6.2.3 Sekiranya Pemenang Peraduan tidak dapat hadir untuk menerima hadiah, Sijil Penerimaan boleh diletakkan dengan nama orang lain namun ia harus diikuti dengan surat kuasa wakil yang ditandatangani sendiri oleh Pemenang.
- 6.2.4 Selepas penerimaan hadiah, Pemenang Peraduan bertanggungjawab untuk membayar cukai dan bayaran wajib lain yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
- 6.2.5 InstaForex akan menampung kos untuk tiket penghantaran ke kediaman Pemenang dan apa-apa jua kos yang berkaitan dengan makanan dan penginapan di Liverpool, UK dan juga dokumen perjalanan. Walau bagaimanapun, Pemenang bertanggungjawab untuk membayar cukai dan yuran kastam.
7. Peruntukkan Akhir
-
- 7.1 Penganjur berhak untuk mengambil tindakan mengenai data yang berkaitan dengan Peraduan terhadap akses yang tidak mempunyai kebenaran dan tidak wajib untuk memberikan notis
atau sebarang maklumat kepada pihak ketiga7.2 Hakikat pendaftaran untuk Peraduan dalam kes kemenangan bermakna Peserta bersetuju untuk:
- ditemu ramah termasuk stesen radio, televisyen dan media massa yang lain;;
- menggunakan gambar pemenang (foto, sebagainya.) oleh Penganjur bagi tujuan pengiklanan;
- menggunakan nama oleh Penganjur bagi tujuan pengiklanan tanpa sebarang bayaran tambahan;
- hak cipta pada bahan-bahan pengiklanan yang dilakukan mengenakan semua butiran yang dinyatakan diatas adalah terpelihara oleh Penganjur.
- 7.3 Semua pertikaian dan permasalahan yang berlaku disepanjang tempoh Peraduan berlangsung dan keputusan akan diselesaikan secara rundingan.
- 7.4 Pendaftaran menyertai Peraduan menandakan bahawa Peserta memahami dan menerima kesemua terma dan syarat-syaratnya perjanjian.
- 7.5 Sekiranya Pemenang gagal untuk memenuhi mana-mana bahagian pada terma dan syarat-syarat Peraduan, maka penyertaan anda di dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada pembatalan.
8. Bahasa
-
- 8.1 Bahasa terma dan syarat peraduan semasa adalah di dalam Bahasa Inggeris.
- 8.2 Bagi kemudahan Peserta, Penganjur boleh menyediakan terma dan syarat-syarat peraduan di dalam bahasa terjemahan selain daripada Bahasa Inggeris. Versi terjemahan ini hanya bersifat sebagai maklumat.
- 8.3 Sekiranya terdapat percanggahan di dalam terma dan syarat-syarat peraduan pada versi terjemahan, maka versi Bahasa Inggeris akan menjadi rujukan utama.
Halaman rasmi peraduan